Monday, 7 August 2017

KRAFTANGAN

Selamat Datang dan Salam Sejahtera kepada yang membaca blog ini. saya Joycelyn Hana akan memberi keterangan mengenai kraftangan yang ada di malaysia, antaranya ialah kraftangan Batik Pelangi. 

DEFINISI KRAFTANGAN 

"Kraf adalah barangan yang dihasil dengan menggunakan kemahiran tangan, dikeluarkan dengan atau tanpa menggunakan alat atau peralatan mudah yang dijalankan secara sendiri atau tidak langsung oleh pengusaha-pengusaha kraf".

"Keluaran Kraftangan" ertinya apa-apa keluaran artistik yang mempunyai daya tarikan kebudayaan atau tradisional dan adalah hasil dari sesuatu proses yang bergantung semata-mata atau sebahagiannya kepada kemahiran tangan dan termasuklah apa-apa barang, walau bagaimanapun dihasilkan, yang mempunyai rekabentuk batik pada atau di mana-mana bahagiannya.

Kraftangan ialah kerja penghasilan peralatan berguna atau hiasan dengan menggunakan tangan sepenuhnya atau perkakas ringkas sahaja. Pertukangan kraftangan seharusnya dikerjakan secara perseorangan atau kecil-kecilan. Hasil kraftangan selalunya membawa kepentingan kebudayaan dan/atau keagamaan. Hasil pengeluaran besar-besaran atau hasil kejenteraan bukan bersifat kraftangan



contoh jenis batik pelangi

PENGENALAN BATIK PELANGI 

Batik pelangi ialah batik yang berwarna-warni yang dihasilkan menggunakan teknik ikat celup yang juga dikenali sebagai teknik pelangi. Kain putih diikat dan disembat mengikut corak yang telah dirancang dan kemudian dicelup ke dalam pewarna. Proses mengikat dan mewarna ini dilakukan berulang kali. Bahagian yang diikat dan disembat ini aalah kalis airdan akan menghaasilkan ragam hias pelangi yang unik dan menarik.
Batik Pelangi merupakan kain warisan yang menjadikan salah satu kemahiran tradisi, Batik Pelangi juga merupakan kain batik yang tertua berada di Malaysia. Batik Pelangi lebih dikenali sebagai seni perhiasan dan juga merupakan salah satu teknik resis batik.
Batik Pelangi  dikenali sebagai ‘ikat celup’ pada awal permulaan batik pelangi tersebar di Malaysia. Apabila pengusaha Batik Pelangi berhijrah ke Indonesia untuk mendalami ilmu batik, Batik Pelangi mula di usahakan dengan menggunakan dua teknik iaitu teritik dan ikat celup. Batik Pelangi dikenali dengan warnanya yang pelbagai dengan menggunakan alam sekitar sebagai sumber warna pada awal permulaan batik pelangi disebarkan. Kemudian baru menggunakan warna sintetik seperti napthol. Pada awal permulaan Batik Pelangi tersebar di Malaysia, warna Batik Pelangi ketika itu hanyalah berwarna hitam dan biru. Kemudiannya warna lain mula dihasilkan(merah, kuning, biru)
KEISTIMEWAAN
Merupakan warisan negara, tekstil lama. Ia juga merupakan kain yang menjadikan idola kepada semua pengusaha batik.Tekniknya masih boleh digunakan walaupun peredaran zaman berubah.Walaupun kain batik pelangi merupakan teknik resis dimana ia tidak menggunakan lilin sebagai agen penghalang warna-warna daripada bercampur, ia tetap di ketegorikan sebagai batik kerana susun atur rekaan corak adalah sama seperti batik.
CARA-CARA MEMBUAT BATIK PELANGI 
Cara membuat batik ini yaitu menggunakan biji salak maupun kacang hijau yang diikat kuat. Kemudian kain tersebut dicelupkan ke dalam pewarna, setelah kering lepaskan. Anda akan mendapatkan kain dengan motif lingkaran putih.

Langkah selanjutnya, anda tinggal mewarnai warna putih tersebut dengan warna yang anda inginkan, dan anda akan mendapatkan batik pelangi. Dalam pewarnaannya anda juga perlu berhati-hati, agar warnanya tidak menyebar ke bagian putihnya. Maka dari itu, mewarnai batik ini membutuhkan ketelitian dan kesabaran, agar hasil yanng didapatkan maksimal tanpa noda.

1. Pastikan kain dalam kondisi bersih bila perlu di cuci terlebih dahulu

2. Membuat bentuk/desain motif dengan mengikat Kelereng, Uang koin, atau Batu pada beberapa bagian kain menggunakan karet secara kuat dan bervariasi,  boleh diganti dengan tali, yang penting ikatannya harus kuat.

3. Rebus air menggunakan Bejana (Panci) hingga mendidih, setelah mendidih, campurkan pewarna dan penguat yang berada dalam satu kemasan Wenter ataupun Wantex, Gunakan satu wadah panci untuk satu warna saja

4. Tambahkan garam dua sendok makan dan cuka secukupnya disertai dengan mengaduk larutan hingga merata, garam dan cuka digunakan sebagai tambahan penguat agar warna tidak mudah luntur

5. Basahi kain yang telah diikati dan dibuat motif dengan air bersih

6. Celupkan kain tersebut pada cairan warna. Bila menginginkan satu warna, celupkan seluruh bagian kain dalam larutan pewarna yang mendidih.

7. biarkan  dalam waktu 10-30 minit agar warna rata dan melekat kuat

8. Bila menginginkan warna lain, langkah pada no. 7 hanya mencelupkan sebagian pada cairan pewarna pertama dan mencelupkan kain yang belum terkena warna pada cairan pewarna lainnya.

9. Celupkan berkali-kali sesuai jumlah warna yang dikehendaki

10. Apabila proses pencelupan warna selesai, kain diangkat dan dibilas menggunakan air sejuk yang bersih

11. Kemudian semua ikatan dilepas, kain dibilas dan dikeringkan

12. Setelah kering, kemaskan dengan menyetrika kain tersebut.





PENUTUP 
kraftangan ini merupakan salah satu tarikan yang dapat menarik perhatian pelancong ataupun masyarakat. kraftangan ini juga dapat meningkatkan ekonomi negara dan dapat memberi peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan. Dengan ini kraftangan juga salah satu tarikan bagi pelancongan. Saya mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah mengunjung blog saya dan saya berharap agar kraftangan ini tidak akan dilupakan oleh generasi yang akan datang. 

No comments:

Post a Comment

KRAFTANGAN

Selamat Datang dan Salam Sejahtera kepada yang membaca blog ini. saya Joycelyn Hana akan memberi keterangan mengenai kraftangan yang ada di...